Hari ini hari pertama aku mengemaskini blogku yang tak seberapa ni di tahun 2010.tapi sudah membuahkan hasil..he..he(nuffnang).Kalau ditengok artikel yang terakhir aku publish pada 14.10.2009(tahun lepas lagi)woww..lama sudah.Geng2 blog pun dah tak sudi singgah di teratak ku yang usang ni..Bukan berhenti tapi..Ok begini ceritanya tak panjang..pendek ja.Aku cuba-cuba tukar citarasa ke wordpress masa tu..buka akaun dan try edit.Wordpress ni SEOnya ada ok..mesra la katakan sesuai untuk pasang iklan Google(google adsense)dan beli domain/hosting sekali.Kira masa tu aku tumpukan perhatian pada webblog yang baru..sehinggakan blog2 ku yang dikuasakan oleh blogspot terabai buat sementara waktu(3-4 bulan)ja.Sekarang rasa nak mula update2.Walaupun begitu..saya singgah juga jenguk2 rakan2 blog yang lain terutama yang ada misi Nuff Cliks tu tapi tak tinggalkan jejak..Dah Bookmark u all punya blog senang la nak cari.So sekarang nak hidupkan kembali Anjung Pitas untuk misi nuff seterusnya..wordpress special for google adsense.Ada juga google adsense di AP tapi akaun yang lama(lain).Ok Jom klik.....
Dipetik dari News Sabah Times
KEHADIRAN ribuan masyarakat berbilang kaum memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 Adun Pitas, Bolkiah Haji Ismail, sekaligus Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 peringkat Daerah Pitas menunjukkan sambutan yang amat membanggakan. Ini jelas membuktikan bahawa konsep 1 Malaysia yang sering diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita menjadi kenyataan, slogan ini bukan baru sekarang tetapi Pitas sudah sekian lama mengamalkanya.
Petang kelmarin sejak jam 2.30 petang sehingga 11.40 malam program yang sepatutnya diadakan di padang Pekan Pitas dipindahkan ke Dewan Serbaguna dekat sini disebabkan hujan yang tidak henti-henti sejak awal pagi lagi.
Penonton yang sukar untuk dihitung jumlahnya membanjiri dewan yang hanya mampu memuatkan 1,000 orang dalam satu-satu masa menjadi gamat ini bukan kerana hanya mahu melihat persembahan pelbagai aktiviti pentas secara langsung tetapi mereka rata-rata terlibat dengan cabutan tiket bertuah yang menjanjikan hampir 200 hadiah lumayan,
Ketika berucap merasmikan majlis itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Bolkiah Haji Ismail, berkata selaras dengan konsep 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan hasrat kerajaan yang tidak mahu masih ada daerah yang mundur di negeri dan negara ini maka kerajaan Barisan Nasional dengan sungguh-sungguh membangunkan daerah ini supaya Pitas yang dianggap daerah ketiga selepas Nabawan dan Kota Belud termiskin di negeri ini disifarkan dalam perkiraan berkenaan menjelang tahun 2010.
Katanya, dalam daerah ini masih ada sejumlah 2,300 orang yang didaftarkan sebagai miskin tegar dan kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan mereka dari kepompong berkenaan.
Bolkiah yang juga Adun Pitas dan Ketua Umno Bahagian Kudat berkata kerajaan telah memperuntukkan bajet beratus juta untuk pembangunan daerah ini dalam pelbagai sudut semata-mata mahu melihat secara nyata bahawa Pitas terkeluar dari senarai daerah termiskin di samping mahu melihat perubahan ketara terhadap semua rakyat berbilang kaum yang berjumlah 34 ribu orang dari 186 kampung.
Katanya, beliau juga telah mengarahkan semua Ketua-ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (PJKKK) serta Ketua-ketua Umno Cawangan supaya membuat bancian rumah ke rumah dalam kawasan masing-masing memastikan tidak ada rakyat di bawah jagaan mereka yang tercicir dalam menerima arus pembangunan.
Terdahulu, Pegawai Daerah Pitas yang juga Pengerusi Penganjur program, Sapdin Ibrahim, berkata program itu dianjurkan secara terancang demi untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di daerah ini berpeluang menemui rakan taulan sanak dan saudara baik yang berada di daerah ini mahupun mereka yang berada di luar daerah dan negeri kembali berhari raya di kampung dan ianya juga memberi kesempatan kepada mereka yang tidak beragama Islam bersama merayakan hari yang mulia ini.
Menyentuh mengenai program kali ini, Sapdin yang juga Ketua Pentadbir Daerah berkata sambutan perayaan ini dikategorikan tiga dalam satu. Pertama Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 Adun Pitas Bolkiah Haji Ismail, kedua sambutan perayaan dan Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 Perngkat Daerah Pitas dan ketiga meraikan majlis perpisahan Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pembangunan, Petrus Apin, yang berpindah ke Jabatan Air Kota Kinabalu sementara kekosongan beliau digantikan oleh mantan Penolong Pegawai Daerah Telupid, James Mandasa.
Program kali ini juga mengetengahkan penyanyi daerah ini seperti Adik Nurul Shahira Julfikri, Hanidah Muslim, Zulifah Asiman, Toloh Amat, My Bulat, Ratu Dangdut Daerah Marlisah Parman, Masani Masuling dan Abdul Majid Makin. Ssementara penyanyi undangan penyanyi dan pelawak tanah air yang terkenal Abu Bakar Ellah @ Ampal dengan ditemani oleh Den Bisa, Rash dan dua orang penyanyi wanita dari Kudat dan Kota Belud serta penyanyi-penyanyi dari Lembaga Kebudayaan Sabah dengan iringan kugiran Lembaga Kebudayaan Sabah dan Ampal Sound. Turut diadakan ialah pertunjukkan bunga api yang menyemarakkan lagi suasana malam itu.
Tiket bertuah yang menyediakan hampir 200 hadiah pelbagai barangan terpilih adalah sumbangan Bolkiah dan kontraktor-kontraktor yang terdapat di Pitas, antara hadiah berkenaan adalah seperti peti sejuk LG 1 pintu, TV warna Akira 21” hampir 10 , tangki Air 400 dan 200 gelen, shaine shaw, mesin pemotong rumput, pum rumput, striker, cerek pemanas air, periuk nasi elaktrik, telefon bimbit hampir 10 buah, basikal 32, alat permainan VCD, kipas angin dan lain-lain lagi. Apa yang paling membanggakan seorang kontraktor yang bukan beragama Islam iaitu Ng Loi Thau@ Dusun telah menyumbang dua ekor Rusa/Payau yang bernilai RM7,000 dan lain barangan.
Hadir sama di majlis itu Timbalan Pengerusi Penganjur yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kudat, Harun Durabi; Timbalan Ketua Umno Bahagian merangkap Adun Pulau Banggi dan Timbalan Pengerusi Ko Nelayan, Abdul Mijul Haji Unani; Ajk Umno Bahagian Kudat, Adun Tandek, Anita Baranting, Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah PBS Dun Pitas, Ng Loi Tect @ Achai; Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kudat, Sh. Sahar Sh Ading; Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian, Normala Rasik; Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Puan Aminah Mindoh dengan saf kepimpinan masing-masing ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.




Dato Seri Najib Razak Perdana Menteri M'sia
Dato Seri Musa Hj Aman Ketua Menteri Sabah
Dato Abd Rahim Bakri Ahli Parlimen Kudat
Bolkiah Haji Ismail ADUN N3 Pitas